Najib Tun Razak bersama Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengibarkan bendera Jalur Gemilang pada majlis Ekspresi Negaraku di Padang Bandaran Sandakan hari ini. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta pemimpin parti Barisan lain. -fotoBERNAMA

SANDAKAN – Semangat patriotik atau cinta kepada negara serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kedaulatan negara ini mesti ada dalam sanubari setiap rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, jika rasa cinta dan kesanggupan berkorban untuk mempertahankan negara itu sudah tersemat kukuh dalam jiwa setiap rakyat Malaysia, tiada siapapun akan dapat mengganggu gugat kedaulatan negara ini.

“Kita tahu bahawa kalau kita ada semangat mempertahankan negara kita maka negara kita akan terus maju ke hadapan kerana tidak ada mana-mana musuh negara sama ada dari luar atau dari dalam yang berani membuat angkara untuk merosakkan negara ini atau menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap melancarkan program Ekspresi Negaraku di Padang Perbandaran Sandakan di sini hari ini.

Semangat Patriotik Wajib Ada Dalam Sanubari Setiap Rakyat Malaysia – NajibTurut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, beberapa menteri kebinet negeri dan persekutuan serta pemimpin masyarakat.

Beliau mengingatkan rakyat mengenai bahaya sekiranya ada ‘musuh dalam selimut’ di kalangan rakyat Malaysia seperti yang menimpa anggota keselamatan semasa peristiwa pencerobohan pengganas Sulu pada tahun 2013. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast