Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – PKR mewajibkan calon-calonnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) untuk mengisytiharkan harta masing-masing.

Sebuah laman portal melaporkan, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dipetik berkata, keadaan politik semasa sudah berubah kerana rakyat berhak memilih pemimpin yang bersih daripada sebarang salahlaku.

“Itu ada dalam perbincangan kami. Itu antara pra syarat yang kami tetapkan. Sebabnya, keadaan kini sedikit berbeza, Barisan Nasional kerajaan memerintah manakala kami kerajaan yang menunggu,” katanya.

Menurut Saifuddin, tuntutan semasa mewajibkan PKR melakukan tapisan yang lebih teliti dalam memilih calon bertanding.

Katanya, perkara lain yang diambilkira adalah semakan terhadap status calon sama ada muflis atau sebagainya.

“Semakan bankrap, rekod bersih daripada rasuah dan beberapa faktor lain seperti memang menjadi proses tapisan yang kita ambil kira,” ujarnya.

PKR baru-baru ini menjadi perhatian media ekoran kekayaan luar biasa Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Adam, 30, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada April lepas atas enam pertuduhan berkait keterangan palsu.

Sehingga kini, hanya Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli konsisten mengisytiharkan harta setiap tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast