MANAMA – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan menjalankan siasatan ke atas dokumen perpindahan yang membawa masuk Paul Pogba dari Juventus ke Manchester United.
Pogba menyertai United pada musim panas lalu selepas berpindah dari kelab juara Itali itu dengan mencatatkan rekod dunia menerusi bayaran perjanjian bernilai £89 juta.
“Pengesahan siasatan itu dibuat selepas laporan media Perancis menyatakan FIFA telah membuka siasatan,” menurut satu laporan di laman web AFP hari ini.
“Masih belum jelas aspek pemindahan dari segi apa yang dijalankan siasatan oleh FIFA,” kata laporan itu. – MalaysiaGazette