KUALA LUMPUR – Harga petrol RON 95 dan RON 97 masing-masing turun antara RM0.10 seliter berkuatkuasa jam 12.01 pagi esok hingga 17 Mei depan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi akaun Twitternya menyatakan harga RON95 turun sebanyak RM0.10 seliter kepada RM2.01 seliter berbanding RM2.11 sen minggu lalu.

RON97 juga turun sebanyak RM0.10 seliter kepada RM2.29 seliter berbanding RM2.39.

Harga baharu diesel pula ditetapkan pada RM1.95 sen seliter.

Bermula pada 29 Mac lalu, kerajaan memutuskan untuk mengumumkan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan, iaitu pada setiap Khamis bermula jam 12.01 tengah malam bagi menggantikan mekanisme pengumuman secara bulanan. – MalaysiaGazette