TURIN – Juventus menepati ramalan ke final Liga Juara-Juara selepas menewaskan Monaco 2-1 dalam aksi separuh akhir kedua untuk kemenangan 4-1 secara agregat, awal pagi tadi.

Ia adalah final kedua buat Juventus dalam tempoh tiga musim.

Kelab Itali ituĀ akan bertemu sama ada Real Madrid atau Atletico Madrid di Cardiff pada 3 Jun depan.

Dalam perlawanan itu, dua gol daripada Mario Mandzukic dan Dani Alves sebelum rehat meletakkan kelab Itali itu semakin selesa melangkah ke pentas final selepas melakar kemenangan 2-0 pada aksi pertama minggu lalu.

Juventus cuba merapatkan kedudukan apabila bintang muda Monaco, Kylian Mbappe menjaringkan gol sebaik babak kedua bersambung namun ia sudah terlambat.

Juventus tewas 1-3 kepada Barcelona pada final edisi 2015. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast