MADRID – Real Madrid tersentak seketika sebelum melangkah ke final Liga Juara-Juara  walaupun tewas 1-2 pada aksi timbal balik separuh akhir kedua pagi tadi.

Pelawat bernasib baik kerana menang di tempat sendiri 3-0 minggu lalu dan layak dengan kemenangan agregat 4-2 walaupun tewas 1-2.

Atletico hampir melakukan kebangkitan luar biasa menerusi tandukan Saul Niguez dan sepakan penalti Antoine Griezmann dalam tempoh 16 minit pertama untuk merapatkan jurang defisit kepada hanya satu gol.

Bagaimanapun, Isco memberi kelegaan dan kembali meletakkan Atletico dalam keadaan tertekan untuk bangkit.

Los Bancos akan menjadi kelab pertama mempertahankan kejuaraan itu dalam era Liga Juara-Juara apabila mereka berdepan Juventus pada final di Cardiff pada 3 Jun.

Pengendali Real Zinedine Zidane berkata, perjalanan untuk sampai ke final cukup mencacar dan melakukannya dalam dua tahun berturut-turut adalah aksi luar biasa buat anak buahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast