Seramai 140 pelajar dan empat pensyarah tiba di kawasan air terjun berkenaan pada jam 11.30 malam dan sepatutnya turun jam 5 pagi Sabtu.

KUANTAN – Berikut adalah senarai nama pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang maut dan cedera akibat dihempap pokok ketika mengikuti aktiviti survival di Lata Charok, Janda Baik, Bentong awal pagi tadi.

Ia dikeluarkan oleh pihak polis.

Yang maut ialah Noorain Mohtar, 23, dari Sungai Besar, Selangor dan Muhamad Kamil Md Sukri, 22, dari Sabak Bernam, Selangor.

Yang cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bentong, Abdul Muaz Abdul Razak, 22, dari Kampung Merawan Indah, Ipoh, Perak; Mohd Ammar Affandi Ahmad Subki, 20, dari Padang Serai, Kedah; Nur Farah Izzatul Azira Md Fauzi, 20, dari Kulai, Johor; Farah Hanisah Hamdan, 22, dari Parit Buntar, Perak; dan Ainin Sofea Abd Shukor, 21, dari Benut, Johor

Yang cedera parah dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Muhammad Haziq Radzuan, 21, dari Bandar Puncak Alam, Selangor.

Mayat kedua-dua mangsa yang maut telah dikeluarkan daripada kawasan rekreasi berkenaan dan akan dihantar ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

Seramai 140 pelajar dan empat pensyarah tiba di kawasan air terjun berkenaan pada jam 11.30 malam dan sepatutnya turun jam 5 pagi Sabtu.
Bagaimanapun, semasa menjalani aktiviti survival itu, sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa pelajar.

— BERNAMA