Home Dunia 22 geng penjenayah Hondusras bolos dari penjara

22 geng penjenayah Hondusras bolos dari penjara

TEGUCIGALPA – Kira-kira 22 orang banduan telah melepaskan diri daripada sebuah penjara Marco Aurelio Soto di Hondusras, menjelang perpindahan ke pusat tahanan yang lebih tinggi tahap keselamatannya.

Banduan-banduan itu telah dikurung di dalam unit khas “Scorpion” – yang menempatkan geng Bario 18, kumpulan penjenayah terkenal, kata jurucakap pihak berkuasa.

Menurut Ketua Institut Penjara, Rosa Gudie tidak tahu mengapa kes itu tidak dimaklumkan pada hari kejadian.

Honduras sedang dalam proses memindahkan ahli geng Barrio 18 dan Mara Salvatrucha ke dalam penjara yang mempunyai tahap keselamatan tinggi bagi membendung kegiatan peras ugut, pembunuhan dan pertukaran dadah.

Marco Aurelio Soto yang terletak di utara Honduras adalah penjara yang paling sesak Honduras, yang mana kira-kira 17,000 banduan ditempatkan meskipun ia dibina untuk kapasiti 8,000 orang banduan.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini kerajaan telah memindahkan 740 orang banduan ke penjara yang memiliki tahap keselamatan lebih tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast