MOSCOW- Pasaran minyak global akan mencecah keseimbangan penawaran dan permintaan pada akhir 2017 atau awal 2018 sekiranya pakatan untuk mengurangkan output diteruskan.
Menteri Tenafa Rusia, Alexander Novak berkata, negara-negara OPEC dan pengeluar minyak utama akan berbincang untuk memanjangkan tempoh pengurangan bekalan pada separuh kedua tahun ini atau lebih daripada itu.
“Melihat kepada keadaan sekarang yang mana terdapat pengurangan dalam inventori minyak dan produk minyak, pasaran akan menyaksikan penyusutan inventori sehingga akhir 2017 atau awal 2018 yang mana ini akan menyebabkan inventori dikurangkan sehingga purata lima tahun,” katanya seperti yang dipetik oleh agensi berita tempatan.
OPEC dan negara-negara pengeluar termasuk Rusia telah berikrar untuk mengurangkan output sebanyak 1.8 juta tong sehari pada separuh pertama tahun ini bagi meningkatkan harga minyak.
Bagaimanapun, inventori global masik kekal tinggi menyebabkan harga minyak mentah berada di bawah paras AS$50 setong awal bulan ini dan seterusnya memberi tekanan kepada OPEC untuk memanjangkan tempoh pengurangan bekalan sehingga hujung tahun.
Menurut Novak beliau menjangkakan perimeter perjanjian tersebut tidak berubah yakni pengurangan bekalan yang banyak adalah dijangkakan.
Tambahnya, unjuran output Rusia pada tahun ini kekal sama iaitu sekitar 549 juta sehingga 551 juta tan namun ia akan berubah bergantung kepada keputusan rundingan dengan pengeluar-pengeluar minyak yang dalam mesyuarat di Vienna akhir bulan ini.- MalaysiaGazette