ZIMBABWE- Seorang paderi yang mahu membuat demonstrasi bagaimana Nabi Isa berjalan atas air akhirnya maut dibaham tiga ekor buaya semalam.
Mendiang Jonathan Mthethwa dibaham buaya dihadapan para pengikut gereja yang dibawa bersamanya di sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Buaya oleh penduduk tempatan.
Selepas dibaham sang bedal, yang timbul hanya seluar dalam dan sandal miliknya di permukaan air.
Seorang saksi, Deacon Nkosi berkata, pada Ahad lepas, Mthethwa mengajar mereka mengenai soal kepercayaan dan berjanji melakukan demonstrasi, seperti laporan MailOnline.
“Dia berjanji mahu melakukan demonstrasi (menunjukkan soal kepercayaan dan keyakinan dalam agama) kepada kami tetapi malangnya ia berakhir lemas dan dimakan tiga buaya besar dihadapan kami.
“Kami masih tak faham kenapa kejadian ini berlaku kerana mendiang berpuasa dan sembahyang sepanjang minggu tetapi dia habis dalam masa beberapa minit sahaja,” katanya.- MalaysiaGazette