Nai Zura Muhammad, 44, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba kira-kira 15 minit selepas arwah rebah kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

PASIR MAS – Ketika murid sekolah lain bergembira menyambut Hari Guru namun keadaan sebaliknya berlaku di Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1 (SKOT 1) di sini apabila seorang guru mereka tiba-tiba rebah dan meninggal dunia selepas membuat persembahan dikir barat.

Nai Zura Muhammad, 44, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba kira-kira 15 minit selepas arwah rebah kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Kejadian itu mengejutkan lebih 700 warga sekolah tersebut yang berada di dalam dewan untuk meraikan guru-guru termasuk allahyarham.

 

Nai Zura Muhammad, 44, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba kira-kira 15 minit selepas arwah rebah kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Nai Zura Muhammad, 44, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba kira-kira 15 minit selepas arwah rebah kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Serentak dengan itu semua acara perayaan itu dihentikan dan kesemua pelajar dibenarkan untuk melihat jenazah allahyarham dan majlis ringkas serta bacaan ayat suci al-Quran turut diadakan

Menurut suami allaharyaham, Kamarul Azhar, 45, Nai Zura pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2009.

Namun katanya, keadaan arwah telah pulih dan mampu melaksanakan tugas seperti biasa.

“Isteri saya tidak menunjukkan sebarang perubahan cuma malam tadi, dia sangat teruja untuk buat persembahan hari ini,” katanya.

Pasangan tersebut dikurniakan empat cahaya mata yang berusia 12 sehingga 21 tahun. – MalaysiaGazette