KUALA LUMPUR – Harga petrol RON 95 dan RON 97 mengalami sedikit kenaikan berbanding minggu lalu iaitu sebanyak tujuh dan lapan sen sementara diesel pula naik empat sen bermula esok hingga 24 Mei.

Dengan kenaikan itu, harga RON95 menjadi RM2.08 berbanding RM2.01, RON97 menjadi RM2.37 berbanding RM2.29 dan diesen menjadi RM1.99 berbanding 1.95 untuk seliter.

Bermula pada 29 Mac lalu, kerajaan memutuskan untuk mengumumkan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan, iaitu pada setiap Khamis bermula jam 12.01 tengah malam bagi menggantikan mekanisme pengumuman secara bulanan.

Penetapan harga minyak secara mingguan adalah bagi menggantikan kaedah pengumuman harga petro dan diesel secara bulanan yang digunapaki kerajaan sebelum ini. – MalaysiaGazette