AMLA MACC Senior Enforcer US$6.94 million MEIO Hasanah case item Eric Chang 4 years old boy murder

BANDA ACEH – Mahkamah di Indonesia menjatuhi hukuman sebanyak 85 sebatan terhadap dua lelaki kerana didapati bersalah melakukan hukuman seks sejenis.

Hukuman sebatan di hadapan awam dijatuhkan oleh panel hakim merupakan kali pertama dilakukan bagi menentang homoseksual sejak ia diperkenalkan di wilayah itu pada tahun 2014.

Hukuman itu lebih tinggi daripada 80 kali sebatan yang dicadangkan oleh pendakwa.

“Defendan-defendan terbukti melakukan kesalahan meliwat dan didapati bersalah,” menurut Hakim Khairil Jamal.

Kedua-dua tertuduh itu memilih untuk mewakili diri mereka di mahkamah dan tidak akan merayu berhubung keputusan itu.

Aceh telah menggubal undang-undang tiga tahun lalu menghukum sesiapa sahaja yang ditangkap terlibat dalam hubungan sejenis secara rela akan dikenakan 100 sebatan, 100 bulan penjara atau denda 1,000 gram emas. – MalaysiaGazette