Dalam kejadian 3 pagi itu, lapan remaja maut manakala lapan lagi. cedera apabila basikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta jenis Nissan Almera di jalan terbabit

JOHOR BAHRU – Pengurusan semula kes membabitkan jurujual yang didakwa memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja, Februari lalu, ditetapkan pada 15 Jun ini.

Mahkamah Majistret Trafik di sini hari ini juga menetapkan tarikh perbicaraan bagi kes berkenaan akan turut ditetapkan pada masa tersebut.

Perkara tersebut diputuskan oleh Majistret Siti Hajar Ali.

Pada 28 Mac lalu, tertuduh, Sam Ke Ting, 22, mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, wanita itu sebagai pemandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 didakwa memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini pada pukul 3.20 pagi, 18 Februari lalu.

Mangsa yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd. Azhan, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14, dan Haizad Kasrin, 16.

Dalam kejadian kemalangan berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah itu, sekumpulan remaja lelaki berbasikal dirempuh sebu­ah kereta Nissan Almera dipandu seorang wanita hingga menyebabkan lapan daripada mereka maut, manakala lapan lagi cedera. – MalaysiaGazette.