BRUSSELS – Pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) menentang larangan membawa komputer bimbit dan tablet dalam bagasi kabin untuk penerbangan dari Eropah.

Bagaimanapun, beberapa pendekatan sedang mendapat pertimbangan.

Ketetapan itu dicapai dalam mesyuarat empat jam di Brussels bagi membincangkan tentang ancaman dalam keselamatan penerbangan.

Pegawai-pegawai Amerika Syarikat sebelum ini memaklumkan larangan itu akan dilanjutkan ke Eropah dari lapan negara Islam.

Pendekatan itu diperkenalkan berikutan kebimbangan ancaman bom yang disembunyikan daripada peranti itu.

Mesyuarat itu telah diminta oleh pegawai-pegawai EU selepas laporan baru-baru ini mencadangkan pihak berkuasa Amerika Syarikat mempunyai maklumat baru mengenai bahagian-bahagian laptop bertukar menjadi bahan letupan.

Butiran ancaman tertentu tidak diketahui umum.

Pihak berkuasa telah diberi jaminan oleh rakan-rakan Amerika Syarikat bahawa mesyuarat itu menandakan permulaan era komunikasi yang lebih baik mengenai isu-isu keselamatan di bawah Presiden Donald Trump.

Sekatan Amerika Syarikat diperkenalkan pada bulan Mac yang melarang membawa alat peranti lebih besar daripada telefon pintar di kabin penerbangan.

Larangan itu melibatkan penerbangan dari Turki, Maghribi, Jordan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Arab Saudi dan Kuwait.

United Kingdom juga mengeluarkan larangan yang sama tentang penerbangan dari enam negara. – MalaysiaGazette