KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta orang ramai berhati-hati dengan emel palsu yang mendakwa penerima mesej dari entiti itu akan menerima wang tunai
sebanyak RM150,000.

Syarikat utiliti itu berkata, emel yang sama itu telah berlaku sejak tahun 2015 yang disebarkan oleh pihak yang tidak dikenali bertujuanĀ mencuri maklumat peribadi.

Sehubungan itu, TNB menggesa orang ramai tidak memberi maklum balas terhadap emel berkenaan dan mendedahkan data peribadi kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi TNB Careline di talian 1 300 88 5454. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast