Gambar hiasan

NEW YORK – Harga minyak dunia naik bagi minggu kedua berikutan jangkaan OPEC dan negara-negara pengeluar akan bersetuju untuk meneruskan pengurangan bekalan pada minggu depan.

Brent ditutup tinggi apabila naik AS$1.10 atau 2.1 peratus kepada AS$53.61, penanda aras tertinggi sejak 18 April lalu.

Penanda aras minyak Amerika Syarikat pula meningkat AS$0.98 kepada AS$50.33, paling tinggi sejak 19 April.

Dengan prestasi itu, minyak mentah Amerika Syarikat naik 5.2 peratus manakala Brent melonjak 5.4 peratus.

OPEC dan pengeluar lain termasuk Rusia dijadual bermesyuarat pada 25 Mei ini dan dijangka meneruskan pengurangan pengeluaraan minyak sehingga 1.8 juta tong sehingga Mac tahun depan. – MalaysiaGazette

.