Antoine Griezmann Foto Daily Mirror

MADRID Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo mendedahkan belum terdapat lagi urusan rasmi berhubung perpindahhan penyerangnya, Antoine Griezmann oleh Manchester United setakat ini.

Namun dia membayangkan penebusan kontrak Griezmann berjumlah £90 juta bagi kelab yang berminat mendapatkannya.

Griezmann yang mempunyai kontrak sehingga 2021 telah dikaitkan berhijrah ke Old Trafford pada jendela perpindahan ini.

Spekulasi itu semakin panas apabila United berjaya layak ke Juara Liga-Liga selepas menjuarai Liga Europa awal pagi ini.

“Saya rasa pelik apabila ada soalan sebegitu kepadanya kerana semua pihak tahu dia masih mempunyai kontrak bersama Atletico ketika ini.

“Griezmann juga tidak pernah membuka mulut untuk berhijrah, malah tiada juga permintaan rasmi oleh United mengenai perkara ini.

“Buat masa ini jika ada kelab yang ingin menebus kontraknya, mereka perlu menyediakan £90 juta,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast