KAHERAH – Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bom berani mati di sebuah perhentian bas di Jakarta malam Rabu lalu.
Insiden yang mengorbankan lima nyawa termasuk tiga anggota polis turut mencederakan 12 yang lain.
“Pelaku serangan terhadap anggota polis di Jakarta Indonesia adalah dari kumpulan Daesh,” lapor agensi berita kumpulan itu, Amaq pada Khamis.
Serangan pada pukul 9 malam waktu tempatan itu adalah yang terburuk sejak insiden pada Januari 2016 dimana sekumpulan lelaki bersenjata dan pengebom bunuh diri bertindak menyerang Jakarta.- MalaysiaGazette