WINCONSIN- Video seorang wanita menjadi tular apabila beliau melompat ke atas keretanya sendiri bagi mengelakkan ia dicuri.

Melissa Smith, 27, sedang mencetak resitnya di stesen petrol di Milwaukee apabila ada seseorang melompat masuk ke dalam kereta beliau dan cuba melarikan kereta tersebut.

Wanita yang bekerja sebagai jurujual itu terus melompat ke atas but depan kereta yangsedang bergerak sambil mengetuk cermin kereta.

Beliau berada di kedudukan tersebut meskipun si pencuri terus memandu ke arah jalanraya, menekan brek secara tiba-tiba serta menggerakkan pengelap cermin dalam usaha untuk menjatuhkan Melissa.

Menurut wanita tersebut, beliau terdengar pencuri berkenaan menggelakannya dari dalam kereta.

Pencuri tersebut tiba-tiba melompat keluar dari kereta sambil mengambil dompet dan telefon bimbit wanita berkenaan sebelum melarikan diri.

Melissa kemudiannya mengejar kereta yang sedang bergerak tersebut dan melompat naik ke kerusi pemandu sebelum ia melanggar sesiapa.

“Ini bukan tindakan paling bijak dan selamat tetapi saya cuma mengikuti naluri sahaja,” katanya.

Video tersebut mula tular di media-media sosial di mana para penonton memanggil Melissa dengan pelbagai nama termasuklah si gila dan hero.-MalaysiaGazette