Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa agama disaran supaya menggunakan sumber yang ada untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan daripada menangkap mereka yang tidak berpuasa.

Ini kerana, daripada sumber yang ada dihabiskan dalam menggunakan pegawai-pegawai penguatkuasa mencari mereka yang ponteng puasa, adalah lebih baik diberi kepada golongan asnaf.

Mesej itu disampaikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menerusi Twitternya hari ini menyatakan sudah menjadi kelaziman bagi agensi-agensi penguatkuasa menangkap mereka yang tidak berpuasa dengan makan di khalayak ramai.

“Daripada agensi-agensi agama menghabiskan wang dalam menggunakan pegawai-pegawai penguat kuasa mencari mereka yang ponteng puasa, gunakan untuk membantu asnaf dan untuk melakukan perkara (lebih) baik.

“Bukan wajib bagi orang lain untuk menangkap anda (hanya) kerana tidak berbuat demikian (menunaikan rukun agama),” katanya.

Menurut Khairy, memang menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk menunaikan lima rukun dalam agama termasuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan.

Pandangan Khairy itu mendapat sokongan pengikutnya, namun ada juga yang berpendirian sebaliknya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast