KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang pengguna media sosial yang memuat naik video kemalangan di Kilometer 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan, di laman Facebook, semalam.

Memetik laporan Malaysia1News, video yang menjadi viral itu menunjukkan satu kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Persona menghimpit sebuah kereta Perodua Axia di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, menurut laporan yang diterima polis, kemalangan didakwa berlaku apabila pemandu Proton Persona yang memandu di lorong tengah mendakwa panik selepas berasa kenderaannya dihimpit dari sebelah kiri menyebabkan dia bertukar ke lorong kanan.

Kemalangan menyebabkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan (Aril Rizqin Redza Sharil) maut selepas tercampak dari kereta dinaiki bersama keluarganya. Kejadian turut menyebabkan bapanya, Shahril Salleh, 32; ibu, Rafnah Mongudancgal, 35, serta dua abangnya, Aril Hakimi Ashraf, 11 dan Aril Zakuan Haris, 4, cedera.

Harap pemilik video tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan. Jasa dan sumbangan anda amat dihargai. –