KUALA LUMPUR – Sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh
pada 25 Jun 2017, kerajaan bersetuju agar pembayaran peringkat kedua BR1M 2017 dibuat mulai 5 Jun ini.

Pembayaran ini akan melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa
peringkat pertama.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, bagi permohonan rayuan pula, pembayaran dijangka dibuat pada 17 Jun 2017.

“Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email epada: [email protected] – MalaysiaGazette