KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memenangi anugerah Projek Tranformasi Digital Terbaik di Minggu Inovasi Utiliti Asia 2017, ekspo persidangan yang menghimpunkan syarikat-syarikat utiliti di Asia pada minggu lalu.
Anugerah bagi pelaksanaan Unmanned Aerial System (UAS) itu mengiktiraf pembangunan TNB bagi untuk memantau grid nasional sebagai antara inisiatif berkesan transformasi digital di rantau Asia.
Pemilihan TNB adalah berdasarkan inisiatif transformasi digital yang menuju ke arah penjimatan kos, peningkatan keberkesanan & kecekapan operasi bisnes, kata TNB dalam kenyataannya.
Ekspo itu menghimpunkan syarikat-syarikat utiliti di Asia.
Ia adalah satu platform untuk penggerak industri berkongsi perkembangan terkini mengenai landskap industri utiliti elektrik seperti teknologi baru tenaga pintar dan penyelesaian bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan operasi agar lebih mantap dan mapan. – MalaysiaGazette