Dalam kejadian pada 9.50 pagi itu, ketiga-tiga suspek yang disyaki terlibat menyamun mangsa yang baharu mengeluarkan wang di bank, sebelum itu diekori polis dari Melaka.

TANGKAK – Tiga penjenayah yang dilengkapi senjata dipercayai pistol dan disyaki terlibat dalam 10 kes samun, ditembak mati di Jalan Parit Bunga di sini pagi ini.

Dalam kejadian pada 9.50 pagi itu, ketiga-tiga suspek yang disyaki terlibat menyamun mangsa yang baharu mengeluarkan wang di bank, sebelum itu diekori polis dari Melaka.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun itu diekori polis kerana mendapati kenderaan dipandu berada dalam keadaan mencurigakan.

“Buat masa ini, polis belum dapat mengenal pasti identiti suspek kerana tiada sebarang pengenalan diri ditemui di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, polis sebelum itu mengekori sebuah kereta jenis BMW sebelum salah seorang suspek tiba-tiba melepaskan tembakan dan ketiga-tiga suspek kemudiannya mati ditembak. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast