Ratusan orang ramai mengambil peluang berbuka puasa beramai-ramai sempena cuti hujung minggu ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di perkarangan Banggunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur . foto SAFWAN MANSOR, 03 JUN 2017

KUALA LUMPUR – Jika di kampung ramai yang teringin berbuka puasa dengan hidangan bufet Ramadan di hotel-hotel mewah, lain pula cerita di ibu kota Kuala Lumpur.

Berbuka puasa secara santai berlantaikan jalan raya berbumbungkan langit menjadi pilihan sebahagian umat Islam di bandar raya yang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan.

Seorang pengunjung Fahmi Abd Muin berkata, beliau mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk bersama isteri dan anak-anaknya berbuka di luar dan memilih perkarangan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai lokasi berbuka.

Pasangan suami isteri, Fahmi Abd Muin (kiri) dan Fazlina Hamdan (dua kiri) bersama anak-anaknya turut mengambil peluang berbuka puasa beramai-ramai ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di perkarangan Banggunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sempena cuti hujung minggu. foto SAFWAN MANSOR, 03 JUN 2017

“Jadi hari ini saya memilih untuk berbuka di sini, dal selepas berbuka bolehlah kami berjalan-jalan ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk membeli belah,” katanya.

Ternyata program Iftar@KL 2017 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mendapat sambutan luar biasa.

Ratusan umat Islam membanjiri jalan raya yang sememangnya ditutup bagi dijadikan lokasi berbuka puasa. Masing-masing membawa juadah untuk berbuka dalam suasana harmoni dan santai.

Orang ramai meluangkan masa berbual bersama ahli keluarga sementara menunggu waktu berbuka puasa beramai-ramai ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di perkarangan Banggunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 03 JUN 2017

JKNN turut mengadakan klinik al-Quran, jualan ‘food truck’, kaunter zakat, bual bicara serta tazkirah Ramadan.

Bagi yang belum berkesempatan dan berkeinginan berbuka puasa seperti ini, anda masih lagi berpeluang berbuka puasa di perkarangan Banggunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka.

Ini kerana program Iftar@KL 2017 diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast