KUALA LUMPUR – Wira Perkasa Malaysia menganggap tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang berceramah di dalam masjid suatu tindakan disengajakan.
Menurut ketuanya, Azrul Akmal Saharudin membuat dakwaan itu kerana berpendapat Sivarasa sepatutnya arif mengenai perkara itu kerana beliau merupakan seorang peguam.
“Manakan dia tidak tahu undang-undang dan kuasa Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam di negeri ini. Sepatutnya dia lebih arif perkara ini dan mentaati titah daripada Sultan Selangor.
“Namun apa yang ditunjukkan adalah sebaliknya, Sivarasa ini bukan sahaja mengingkari titah Sultan Selangor malah sangat sombong dan bongkak tidak langsung memohon ampun daripada Sultan Selangor dan menyesali tindakannya.
“Jadi, ini menguatkan lagi pandangan kita bahawa tindakan YB Sivarasa ini adalah disengajakan mungkin kerana dia mahu mencabar kuasa Sultan,” katanya.
Oleh itu, satu simbolik kempen ‘Menapak Sivarasa Secukup Rasa’ di hadapan pejabat Sivarasa di Kota Damansara hari ini.
Ianya susulan daripada kebiadapan ahli PKR itu mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar mana-mana individu yang tidak bertauliah, tidak dibenarkan untuk berucap atau berceramah di dalam masjid. -MalaysiaGazette.