SEOUL – Korea Utara ‘menolak sepenuhnya’ sekatan terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas penduduk dan entitinya dan menyifatkan langkah itu sebagai ‘tindakan bermusuhan’ dan akan meneruskan pembangunanan program nuklearnya, kata jurucakap Kementerian Luar negara itu.

Pada Jumaat lalu, Majlis Keselamatan PBB memperluaskan sasaran sekatan terhadap Korea Utara dengan menggunapakai resolusi yang dipersetujui Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Pyongyang, China buat pertama kali sejak Donald Tump menjadi presdiden AS, selepas negara itu mengulangi ujian peluru berpandu,

Sekatan itu adalah ‘tindakan bermusuhan yang direka dengan tujuan menghalang DPRK (Korea Utara) membina kekuatan nuklear, meleraikannya dan menyebabkan kelemasan ekonomi,” kata jurucakap Kementerian Luar dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita, KCA.

“Apa sahaja susulan daripada sekatan dan tekanan, kami tidak akan menjauhkan diri dari jalan untuk membesarkan angkatan nuklear yang telah dipilih untuk mempertahankan negara dan akan bergerak ke hadapan terhadap kemenangan,” kata jurucakap itu.

Korea Utara yang menolak semua resolusi sekatan Majlis Keselamatan PBB sejak 2006 apabila ia melakukan ujian nuklear yang pertama berkata, langkah seumpama itu mencabuli secara langsung kedaulatan haknya mempertahankan diri.

AS bergelut untuk memperlahankan program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara, yang mana telah menjadi keutamaan keselamatan memandangkan Pyongyang berikrar untuk membangunkan peluru berpandu nuklear yang jaraknya mampu sampai ke AS.

Pentadbiran Trump memberi tekanan kepada China secara agresif supaya megekang jiranya yang terpencil, dengan memberi amaran bahawa semua pilihan berada di atas meja jika Pyongyang meneruskan pembangunan nuklear dan peluru berpandunya.

Korea Utara menyalahkan AS dan China yang ‘melakukan secara terburu-buru resolusi sekatan itu pada Malis Keselamatan PBB ‘ selepas merangkanya dengan senang hati di bilik belakang’.

“Adalah silap percaturan jika negara-negara itu… berpendapat bahawa mereka boleh melengahkan atau menahan pembanguan angkatan nuklear walaupun untuk seketika,” kata jurucakap itu.

Disenaraikan dalam senarai hitam PBB bermakna halangan perjalanan dan pembekuan aset di seluruh dunia menjadikan senarai itu lebih simbolik memandangkan entiti dan rangkaian syarikat rasmi Korea Utara yang terpencil dan sofisikated yang digunakan Pyiongyang bagi mengelakkan sekatan ketika ini.

Majlis Keselamatan PBB mula mengenakan sekatan terhadap Pyongyang pada 2006 berikutan program peluru beliastik dan nuklearnya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast