Reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mencuba alat kawalan jauh MyTV turut serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak (dua kanan) dan Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai (kanan) selepas melancarkan Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional (myFreeview) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 06 JUN 2017

KUALA LUMPUR – Sejumlah 4.2 juta dekoderĀ  MyFreeview percuma akan diberikan kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi membolehkan mereka menikmati saluran televisyen digital tanpa perlu membuat bayaran bulanan.

Manakala bagi bukan penerima BR1M, mereka hanya perlu membayar pada harga berpatutan untuk mendapatkan dekoder berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, MyFreeview adalah untuk memberikan liputan siaran televisyen digital tanpa bayaran bulanan kepada semua rakyat.

Ia juga adalah untuk memastikan projek migrasi dari sistem analog kepada digital berjaya.

“Perluasan siaran akan ditingkatkan kepada 98 peratus kawasan berpenduduk menjelang suku keempat 2017,” katanya semasa melancarkan MyFreeview di sini hari ini.

Siaran MyFreeview dipancarkan menerusi 24 stesen pemancar. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast