Gambar hiasan.

TANGKAK – Seorang eksekutif pemasaran dan jururawat kerugian RM83,400 selepas terpedaya dengan scammer menyamar pegawai polis dan tawaran kerja palsu menerusi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, kedua-dua mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut semalam.

“Kes pertama melibatkan seorang eksekutif pemasaran berusia 33 tahun yang mendakwa ditipu oleh individu menyamar sebagai pegawai polis.

“Mangsa telah melakukan 12 transaksi kewangan ke dalam lima akaun bank suspek antara Februari hingga April tahun ini, menyebabkan kerugian sebanyak RM58,900,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes kedua pula melibatkan seorang wanita berusia 34 tahun yang ditipu melalui tawaran pekerjaan menerusi aplikasi Telegram.

“Mangsa yang bekerja sebagai jururawat dijanjikan komisen sebanyak RM2.50 bagi setiap tugasan tetapi mengalami kerugian RM24,500 selepas membuat enam transaksi ke tiga akaun berbeza pasa 11 Mei lalu,” ujarnya.

Roslan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda.

“Orang ramai diminta agar lebih berwaspada serta tidak mudah percaya dengan panggilan telefon atau mesej yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau menawarkan pekerjaan yang tidak wujud.

“Orang ramai juga digesa membuat semakan terlebih dahulu atas sebarang pelaburan atau tawaran kerja bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast