FGV
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad

KUALA LUMPUR – Kemelut di antara ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi Felda Global Ventures (FGV) semakin memuncak apabila Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad dijangka hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini bagi membantu siasatan.

Beliau yang diarahkan bercuti tanpa tempoh itu dituduh melakukan kesalahan urusniaga membabitkan Safitex dan anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn. Bhd.

Arahan tersebut diumumkan oleh Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad di dalam satu sidang media khas semalam.

Menurut Isa, satu siasatan dalaman akan dijalankan bagi membuktikan perkara tersebut dan surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada CEO FGV apabila siasatan selesai.

Tiada tempoh masa diberikan bagi memuktamadkan siasatan.

Zakaria bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut sebaliknya mengatakan ia adalah satu serangan peribadi selepas beliau dikatakan enggan mengikut arahan ahli lembaga pengarah untuk melabur di dalam beberapa pelaburan yang tidak menguntungkan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki memberitahu Reuters hari ini, agensi tersebut akan segera melakukan siasatan terhadap FGV susulan daripada perkembangan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast