Kelihatan Pegawai Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir di Menara Felda kira-kira jam 10 pagi tadi dipercayai untuk mengambil dokumen berkaitan siasatan terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Kuala Lumpur. foto MALAYSIA GAZETTE, 08 JUN 2017

KUALA LUMPUR – Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad menempelak gesaan Datuk Seri Puad Zarkashi yang mahu beliau meletak jawatan.

Menurut Isa, bukanlah satu keperluan untuk beliau meletak jawatan di tengah-tengah kemelut yang melanda FGV kerika ini berikutan beliau bukan seorang pesalah.

“Pasal apa nak letak jawatan, bukan saya yang salah,” katanya kepada pemberita.

Tambah Isa, pandangan Puad berkenaan kemelut FGV, tidak perlu diberi tumpuan, kerana semua pihak mempunyai pandangan tersendiri berkenaan sesuatu isu.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Puad Zarkashi menggesa supaya Isa meletak jawatan sementara siasatan SPRM terhadap FGV sedang berlangsung.

Kerika ditanya sama ada bersedia untuk turut sama disiasat oleh SPRM, Isa masih tidak dapat memastikan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, sekiranya dikehendaki untuk bertemu dengan SPRM, beliau akan membuat perkara tersebut.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast