KUALA LUMPUR- Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini hadir ke Menara Felda di sini bagi mendapatkan dokumen berkaitan kemelut yang melanda Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV).

Lima pegawai tersebut tiba di bangunan utama Felda pada jam 10 pagi.

Sejurus lebih kurang 15 minit kemudian, 15 orang pegawai lagi hadir bagi tujuan siasatan tersebut.

Menara Felda hari ini menjadi tumpuan utama pengamal media tempatan berhubung skandal salah laku yang melibatkan organisasi tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast