Almarhum Tengku Puteri Sofiah.

SHAH ALAM – Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang petang semalam.

Sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara itu berkata Almarhum Tengku Puteri Sofiah, 68, mangkat pada kira-kira 4 petang dan jenazahnya dibawa ke Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang untuk disembahyangkan.

“Majlis pemakaman jenazah Tengku Puteri Sofiah dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam di Seksyen 5 di sini pada kira-kira 10 pagi ini.

“Namun, tiada sebarang majlis istiadat negeri berikutan kemangkatan Tengku Puteri Sofiah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam tadi.

Bacaan surah Yasin dan doa selamat untuk Almarhum Tengku Puteri Sofiah turut diadakan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast