Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) dan Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak (kanan) berbincang sesuatu sebelum mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 09 JUN 2017

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dijangka akan memberikan kenyataan berhubung isu yang melanda Felda Global Ventures (FGV) esok.

Menurut Perdana Menteri itu, sebarang kenyataan mengenai isu terbabit akan dibuat beliau dalam satu acara berkaitan Felda di Johor.

“Saya tidak mahu komen berhubung isu itu (hari ini). Esok saya akan komen. Saya akan berada dalam rancangan Felda dan akan komen esok,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Najib sebelum ini belum pernah memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu FGV.

Semalam, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak bebas yang akan mengemukakan fakta dan seterusnya memberikan cadangan terhadap isu FGV.

Ia berikutan langkah lembaga pengarah syarikat tersebut mengarahkan empat pengurusan kanan termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad bercuti tanpa tempoh.

Ini ekoran dakwaan salah laku uru niaga membabitkan anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd dengan syarikat berpangkalan di Dubai, Safitex. –  MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast