KUALA LUMPUR – AirAsia menawarkan perjalanan musim perayaan yang lebih ideal dengan tambang termasuk semua serendah RM59 sehala.
Destinasi tersebut dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Johor Bahru, Langkawi, Kuching, Sibu, Kota Kinabalu dan banyak lagi.
Para tetamu juga boleh menikmati tambang termasuk semua bermula dari RM289 sehala dari Kuala Lumpur ke destinasi antarabangsa seperti Changsha, Cebu, Kaohsiung, Bali serta penerbangan AirAsia X ke Perth, Tokyo dan lain-lain.
Tambang promosi ini boleh didapati secara atas talian di airasia.com bermula dari 12 Jun 2017 hingga 8 Jun 2017 bagi tempoh perjalanan segera dari 12 Jun 2017 hingga 14 Januari 2018.
Tempahan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih AirAsia bagi peranti iPhone dan Android serta di laman mudah alih mobile.airasia.com.
Para tetamu juga disarankan untuk merancang dan menempah penerbangan hingga 365 hari lebih awal untuk menikmati tambang rendah bagi semua tempoh perjalanan.
Sempena musim perayaan ini, AirAsia juga telah menambah 48 penerbangan tambahan sehala setiap minggu dari 15 Jun 2017 hingga 9 Julai 2017 untuk destinasi terpilih seperti Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru ke Miri, Kota Bharu ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu ke Johor Bahru dan banyak lagi.
Sebagai nasihat perjalanan, para tetamu disarankan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berlepas bagi penerbangan AirAsia dan empat jam sebelum bagi penerbangan AirAsia X untuk mengelakkan kesesakan. – MalaysiaGazette