Roberto Carlos mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas stesen TV Jerman atas tuduhan pengambilan pil terlarang dalam piala dunia 2002. Reuters

SAO PAULO – Bekas pemain legenda pertahanan Brazil, Roberto Carlos membidas dakwaan kononnya beliau mengambil pil perangsang terlarang semasa kempen Piala Dunia 2002 Korea-Jepun.

Brazil buat kali kelima menjulang piala berprestij dalam dunia bola sepak itu.

Bekas pemain Real Madrid itu berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah rangkaian televisyen Jerman yang melontarkan dakwaan tidak berasas itu ke atas dirinya.

Sebuah dokumentari yang disiarkan oleh rangkaian ARD berkata,legenda bola sepak Brazil itu dinamakan dalam senarai agensi anti-doping di Sao Paulo pada tahun 2015.

Reuters bagaiamanapun tidak dapat mengesahkan dakwaan dokumentari TV Jerman itu.

Carlos berkata, beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas stesen TV Jerman itu.

“Saya sekeras-kerasnya menolak tuduhan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh rangkaian ARD Jerman.

“Saya tidak pernah menggunakan apa-apa tipu muslihat untuk memberi kelebihan kepada diri saya,” katanya dan kenyataan kepada Reuters.

Tambahnya sepanjang karier bola selama 20 tahun, dia tidak pernah diuji positif pengambilan ubat atau pil terlarang sebagai mengubah prestasinya.

Konfederasi Bola Sepak Brazil juga enggan berkomen tentang dakwaan yang dibuat ke atas bekas pemainnya itu.

Carlos kini memegang taggungjawab sebagai pengarah dalam kelab Real Madrid telah menjulang kejuaraan la Liga sebanyak empat kali, tiga gelaran Liga Juara-Juara Eropah selain menjulang piala bersama Brazil dan kelab Turki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast