Seorang maut manakala tujuh tercedera daalam kemalangan melibatkan dua kereta dan sebuah motosikal di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pagi hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang meninggal dunia manakala tujuh orang lagi parah dalam satu kejadian kemalangan jala raya di Jalan Kuala Inas, Kuala Pilah pagi hari ini.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 8.27 pagi itu melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal.

Menurut Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Adnan Yaacob, pasukan bomba dan penyelamatnya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu tiba ke lokasi kejadian sekitar pukul 8.55 pagi.

Dalam kejadian itu, kereta Preve telah dinaiki lima orang, manakala satu lagi kereta Proton Exora pula dinaiki dua wanita.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua kereta itu dipercayai telah bertembung di sebuah kawasan selekoh tajam di laluan itu.

“Akibatnya pemandu Preve telah disahkan meninggal dunia dan tujuh yang lain cedera.

“Kesemua mangsa cedera kemalangan itu telah dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan lanjut” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tambahnya, enjin kereta Preve 30 peratus terbakar dan penunggang motosikal jenis Honda Wave yang tercedera juga dikenalpasti sebagai wanita.

“Kesemua mangsa sedang menerima rawatan di hospital itu,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast