LONDON – Beberapa penduduk cedera dan terhidu asap selepas kebakaran besar berlaku di apartmen 27 tingkat di barat London.

Polis berkata, mereka telah memindahkan penduduk-penduduk dari Apartmen Grenfell Tower berkenaan.

Menurut perkhidmatan ambulans Britain, sekurang-kurangnya 30 pesakit telah dibawa ke lima hospital.

Saksi-saksi memberitahu, mereka boleh mendengar jeritan dari tingkat ketika api sedang marak.

Sebanyak 40 kenderaan dan 200 anggota bomba bagi menyelamatkan mangsa-mangsa di 120 unit kediaman yang dibina pada tahun 1974.

Jabatan bomba dalam kenyataannya berkata, kebakaran itu bermula dari tingkat dua bangunan itu dan merebak ke atas.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan dalam Twitter menyifatkan kejadian itu sebagai kebakaran besar. – MalaysiaGazette