Reaksi ceria Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketika menunggu masuk waktu berbuka puasa pada majlis program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar di Sri Satria, Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 14 JUN 2017

KUALA LUMPUR – Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis berbuka puasa di kediaman rasmi timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mungkin dilihat biasa oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun, dalam situasi Barisan Nasional dan UMNO bersiap sedia menghadapi PRU-14, ia dilihat gambaran kepada umum kemesraan dua pemimpin tertinggi negara itu bukan sekadar retorik.

Sempena keberkatan Ramadan, ia juga turut memberi gambaran taat setia yang tunjukkan oleh beberapa pemimpin lain yang turut hadir pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bulan Ramadan bertempat di Seri Satria itu.

Turut hadir, beberapa orang menteri Kabinet termasuk Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Tan Sri Shahrir Samad, Datuk Seri Shahidan Kasim dan Datuk Seri S.Subramaniam.

Dalam majlis yang dihadiri lebih kurang 1,000 orang termasuk dari golongan asnaf, anak yatim serta pelbagai lapisan masyarakat itu turut memperlihatkan kemesraan pemimpin bersama rakyat.

Justeru, ia menolak desas-desus yang mengatakan kerajaan Barisan Nasional kini kian lemah seperti dakwaan pembangkang dan mereka semakin hari semakin menunjukkan solidariti.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast