Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat pameran seni visual pada Gallery Seni Negaraku semasa Majlis Perasmian Seni Negaraku di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 JUN 2017

KUALA LUMPUR – Untuk mencapai negara maju, Malaysia tidak seharusnya menfokuskan kepada pembinaan bangunan pencakar langit semata-mata, sebaiknya perlu seiring dengan pembangunan kualiti insan.

Selaku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata, beliau berasa sangat bangga dengan asas kesepakatan dan perpaduan sebuah bangsa yang telah disemai, dipupuk, dan dibelai sehingga ke hari ini.

Jelasnya, ia dapat dilihat dari pameran Negaraku yang menandakan bukti kesungguhan rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat dan lapisan bersama-sama dalam memupuk semangat cintakan Negara.

“Saya harap usaha-usaha yang kita lakukan ini akan membuahkan hasil kepada negara kita dalam bentuk tidak ketara.

“Kalau kita nak membangunkan sebuah negara tidak hanya melibatkan soal bangunan pencakar langit, bukan saja bangunan atau kilang atau lebuh raya tapi lebih penting kualiti insan yang terbitnya dari lubuk hati kita dari jiwa kita roh kita,” katanya.

Najib berkata demikian semasa merasmikan Seni Negaraku di Balai Seni Negara hari ini.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Madzhir Khalid.

Tambah Najib, platform seni yang disediakan mestilah digunakan dengan sebaiknya oleh penggiat seni untuk memperkasakan dan melestarikan perkembangan seni negara.

“Kalau roh kita ini dapat kita isi bukan saja dengan kerohanian dan akhlak tapi semangat cintakan negaraku. Inilah asas kecemerlangan asas negaraku malaysia,” katanya lagi -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast