Kertas undi awal tidak dikira awal seperti tular dalam media sosial
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching hari ini bahawa Dr. Ting Tiong Choon kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak N74 Pujut.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, suruhanjaya itu akan mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan keputusan mahkamah.

“SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan perkara ini bagi memuktamadkan keputusan yang melibatkan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahkamah Tiinggi Kuching hari ini membatalkan keputusan DUN Sarawak yang melucutkan keanggotaan Tiong Choon sebagai ADUN N74 Pujut yang mengakibatkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi itu.

Berdasarkan kepada keputusan itu juga, mahkamah memutuskan bahawa tiada kekosongan luar jangka yang berlaku dan jawatan ADUN Pujut perlu dikembalikan semula kepada penyandangnya.

Pada 12 Mei, Tiong Choon dilucutkan kelayakan sebagai ADUN Pujut kerana didakwa pernah memegang dua kewarganegaraan (Malaysia dan Australia) selepas usul itu dibentangkan pada DUN Sarawak.

Pada 7 Jun, beliau memfailkan saman pemula bagi mencabar keputusan DUN itu melucutkan kelayakannya sebagai anggota dewan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast