ADDIS ABABA – Djibouti menuduh jirannya, Eritrea menakluk wilayah yang dipertikaikan di sempadan kedua-dua sempadan kedua-dua negara selepas pasukan pengaman Qatar berundur.
Menteri Luar Djibouti, Mahamoud Ali Youssouf berkata, tentera negaranya dalam keadaan ‘berjaga-jaga’ dan kerajaan negara itu telah membuat aduan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Afrika.
Majlis Keselamatan PBB dijadual membincangkan perkara itu secara tertutup pada Isnin ini, kata para diplomat.
Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah (AUC), Moussa Faki Mahamat berkata meneurusi akaun Twitter: “Saya memberitahu Duta Djibouti, Idris Farah bahawa AUC akan menghantar delegasi ke sempadan Djibouti untuk  memantau perkembangan, dan bekerjasama dengan semua pihak.
Qatar berkata, negara itu mengundurkan pasukannya pada 14 Jun lalu, beberapa hari selepas kedua-dua negara Afrika Timur itu menyebelahi Arab Saudi dan sekurtunya memutuskan hubungan dengan Qatar.
Kementerian Luar di Doha tidak memberi sebarang ulasan mengenai langkah tersebut tetapi ia berlaku ketika Doha sedang menghadapi krisis diplomatik dengan jiran negara-negara Arabnya. Mereka memurtuskan hubungan seminggu lalu, menuduh Qatar menyokong militan Islam dan Iran, yang mana Doha menafikannya.
“Pasukan pengaman Qatar berundur pada 12 dan 13 (Jun). Pada hari yang sama, terdapat pergerakan tentera Eritrea ke pergunungan,” kata Ali Youssouf kepada Reuters.
“Kini mereka menguasai sepenuhnya Pergunungan Dumeira dan Pulau Dumeira. Ini melanggar resolusi Majlis Keelamatan,” tambah beliau yang merujuk kepada kawasan pertikaian itu.
Pihak berkuasa di Asmara tidak membuat sebarang ulasan.
Djibouti yang merupakan sekutu rapat Barat menjadi tuan tumah kepada pengkalan tentera Perancis dan Amerika Syarikat dan negara itu merupakan laluan utama laluan ke laut untuk Eritrea selain menjadi sekutu baik Amerika di rantau itu, Habsyah.
Pergeseran hubungan Eritrea dengan Barat tercetus sebelum ini apabila negara itu dutuduh menyokong Somalia dan negara-negara pemberontak di rantau tersebut. Asmara menafikan dakwaan itu.
Pertempuran antara kedua-dua negara berlaku pada Jun 2008 selepas Djibouti menuduh Asmara mengerahkan tenteranya menyeberangi sempadan, meningkatkan kebimbangan pertikaian itu boleh merebak di rantau tersebut.
Pertikaian tercetus selepas beberapa hari pertempuran berlaku yang mana berpuluh-puluh tentera Djibouti terbunuh dan cedera. Pada awalnya, Eritrea menafikan negara itu melakukan sebarang serangan, menuduh Djibouti melancarkan serangan provokasi.
Majlis Keselamatan PBB meminta kedua-dua negara berundur, sebelum menerima permintaan Qatar untuk menjadi orang tengah dan menghantar pasukan pengaman.