Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad bersama isteri Puan Sri Bibi Sharliza tiba di perkarangan SPRM untuk memberi keterangan kepada siasatan terhadap FGV di Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 JUN 2017

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Tan Sri Isa Samad dan isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid tiba di perkarangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 9.40 pagi tadi.

Kedua-dua mereka tiba dan disambut pegawai SPRM dan memasuki perkarangan bangunan sejurus tiba.

Mereka dipanggil memberi keterangan kepada SPRM dipercayai bagi membantu siasatan terhadap FGV.

Kemelut Felda Global Ventures (FGV) Holdings Berhad mendapat perhatian apabila Isa dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad serta tiga pegawai pengurusan kanan FGV bercuti bermula 6 Jun lalu.

Tiga pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Susulan kemelut itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti isu dalaman FGV berkenaan.

SPRM dalam satu kenyataan semalam berkata sudah memanggil 60 saksi bagi membantu siasatan kes FGV sehingga kini. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast