KOTA TINGGI – Seorang lelaki rakyat Indonesia maut dipercayai dipijak gajah liar dalam satu kejadian serang oleh haiwan itu di Tanjung Sedili di sini semalam.
Mangsa Sofian Adi, 33, dilaporkan hilang semalam sebelum ditemukan maut oleh pekerja ladang kira-kira pada pukul 12.50 tengahari.
Dalam kejadian yang dipercayai berpunca daripada serangan gajah di Ladang Tunjuk Laut sebelum itu, seorang rakan mangsa turut cedera.
Difahamkan, mangsa dan rakannya diserang haiwan liar itu semasa sedang melakukan kerja berkebun.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, Rahman Hashim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.57 pagi.
“Mangsa dijumpai pada 12.50 tengahari oleh pekerja ladang yang sudah menjalankan operasi sejak kelmarin,” katanya. – MalaysiaGazette.