Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo pada program Nadi Sihat - Jelajah Semarak Bangkit Bersama Sukan Sea ke 29 di Banggunan UMNO Ampang. foto SAFWAN MANSOR, 27 APRIL 2017

KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Mahathir Mohamad yang masih mengunci mulut berhubung isu membabitkan beliau yang didakwa ‘merasuah’ Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat untuk memburukkan Malaysia melalui isu 1MDB menimbulkan seribu pertanyaan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, sebagai seorang bekas pemimpin tinggi negara selama 22 tahun, Tun M sepatutnya ‘membersihkan’ namanya daripada tuduhan-tuduhan yang terpalit kepadanya muktahir ini.

Bagaimanapun, tindakan Mahathir yang terus mengunci mulut membenarkan lebih banyak spekulasi terhadapnya berhubung dakwaan itu.

“Kita tidak tahu sama ada ianya benar atau tidak. Tapi seeloknya, sebagai bekas pemimpin tinggi negara, Tun M tidak boleh senyap saja.

“Rakyat yang pernah dipimpinnya, tertanya-tanya sama ada betul atau tidak dakwaan tersebut,” katanya ketika dihubungi merujuk kepada dakwaan Raja Petra terhadap Tun M baru-baru ini.

Ismail seterusnya menggesa agar bekas pemimpin negara itu menjealskan kepada umum sama ada betul atau tidak berkenaan dakwaan  tersebut.

Bagaimanapun, Tun M dalam satu kenyataan semalam menafikan dakwaan itu sambil mendakwa di AS presiden juga dikritik secara terbuka dan dipecat seperti Richard Nixon- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast