AZERBAIJAN – Pelumba Formula Satu dari Britain, Lewis Hamilton menyifatkan pesaing terdekatnya dari pasukan Ferrari, Sebastian Vettel sebagai memalukan.
Reaksi marah itu datang dari Hamilton selepas kedua-dua kereta perlumbaan terlibat dalam perlanggaran semasa perlumbaan F1 Terbuka Azerbaijan pada Ahad.
Hamilton dilaporkan naik angin selepas kereta yang dipandu Vettel berlanggar dengannya semasa kereta kecemasan mengawal perlumbaan semalam.
“Dia (Vettel) hilang fokus semasa perlumbaan dan melanggar kereta saya. Saya tak dapat mengawal kenderaan.
“Isunya adalah memandu dan sengaja melanggar adalah sesuatu yang agak memalukan,” keluh Hamilton semalam.
Namun tiada kerosakan serius kepada kedua-dua kenderaan itu semasa perlumbaan.
Vettel dikenakan penalti menunggu 10 saat tetapi Vettel berjaya bangkit semula menamatkan perlumbaan di tangga keempat di hadapan Hamilton yang mengakhiri saingan di tangga kelima.
Namun, Vettel masih mengungguli kedudukan teratas pemandu F1 setakat ini dengan dikejar rapat oleh Hamilton di tangga kedua.
Hamilton yang kecewa terus mengecam Vettel dengan meminta Vettel menunjukkan kejantanan di luar perlumbaan secara bersemuka.
“Dia sebagai juara dunia sebanyak empat kali tidak sepatutnya berkelakuan demikian. bayangkan kanak-kanak juga menonton perlumbaan secara langsung. Sangat memalukan, tapi apatah penalti 10 saat memadai? tak adil,” bidasnya lagi.
Vettel pula sebagai membalas dakwaan Hamilton berkata: “Tiada yang serius berlaku, dia (Hamilton) menekan brek secara tiba-tiba dan saya tak dapat mengelaknya.
“Saya cuba memintas dia sebelum perlanggaran itu berlaku dan mengangkat kedua-dua tanggan menunjukkan tanda tidak puas hati terhadapnya.
“Kita berlumba dan sepatutnya penganjur layan secara adil mengenakan penalti ke atas kedua-dua pelumba bukan berat sebelah.”
Insiden perlanggaran dua juara dunia popular itu diambil kesempatan oleh pelumba pasukan Red Bull Daniel Ricciardo yang muncul pemenang perlumbaan itu.