AirAsia
AirAsia

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd. sedang menjalankan penyiasatan bersama pengeluar enjin Rolls-Royce berhubung insiden yang melanda pesawat D7237.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, syarikat penerbangan tambang murah itu turut memberikan sepenuh kerjasama dengan pihak berkuasa penerbangan Australia.

Selain itu, AirAsia juga katanya turut memulakan proses audit sukarela oleh Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA) yang mengaudit semua syarikat penerbangan di bawah kumpulan AirAsia termasuk AirAsia X Malaysia, AirAsia X Indonesia dan AirAsia Indonesia dengan AirAsia X menerima dua sijil audit IOSA pada 2015 dan 2016.

“Kami ingin menegaskan Kumpulan AirAsia mematuhi semua program penyenggaraan yang telah ditetapkan oleh para pengeluar.

“Kami juga turut mematuhi semua peraturan dan syarat yang ditentukan oleh setiap negara termasuk Australia,” katanya.

Menurut AirAsia, kumpulan penerbangan tambang murah itu turut melepasi audit keselamatan dan sekuriti yang dikendalikan pihak berkuasa penerbangan Australia.

Semalam, pesawat D7327 yang berlepas dari Perth, Australia menuju Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik kerana gegaran kuat yang digambarkan penumpang seperti berada di dalam mesin basuh.

Menurut juruterbangnya, pesawat tersebut mengalami “masalah teknikal”.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast