Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih lancar dan terkawal setakat pukul 9 pagi ini.

Bagaimanapun, jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata, aliran trafik dijangka bergerak perlahan menjelang tengah hari susulan pertambahan bilangan kenderaan menghala ke ibu kota.

Aliran trafik dari arah utara serta selatan masih lagi lancar dan terkawal, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1dan 2 juga masih lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast