Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penghantaran Kapten Tren Haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) ke Mekah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selangor. foto IQBAL BASRI, 28 JUN 2017.

SEPANG – Fasa kedua projek Mass Rapid Transit 1 (MRT 1) yang menghubungkan stesen Semantan dengan Kajang telah 99.5 siap dan pelancarannya dijadual dilakukan pada bulan depan.

Keseluruhan projek MRT 1 akan menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang sejauh 51 kilometer.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan fasa kedua itu.

“Ketika ini kita sedang membuat persiapan melakukan ujian memandu tren MRT bagi memastikan pergerakan tren tidak mengalami apa-apa kecacatan selepas dilancarkan kelak,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua delegasi kumpulan kedua yang terdiri daripada 49 kapten tren haji, Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Fasa pertama MRT dari Sungai Buloh ke stesen Semantan telah memulakan operasi pada 1 Disember 2016.

Azmi berkata, ketika ini pergerakan tren ke Kajang adalah melalui proses ujian yang sedang berjalan secara rutin sebelum pelancaran fasa kedua projek tersebut.

“Kita dalam mempersiapkan fasa kedua MRT ini turut memberi fokus kepada aspek keselamatan dan segala kemudahan selebihnya yang akan diselesaikan segera sebelum dibuka perkhidmatan kepada awam,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast